Pada bulan November tahun 2020, kami sekeluarga telah ke Istanbul, Turki setelah permohonan aku untuk sambung belajar post-graduate telah diluluskan oleh KPM. Aku cuba untuk berkongsi bagaimana cara membuat permohonan sambung belajar ini sebagai penjawat awam terutamanya guru.
Ok. Sebagai seorang guru, kita kena memohon melalui ketua jabatan untuk sambung belajar. Ada beberapa peringkat iaitu kena melalui
- Ketua jabatan ( iaitu Pengetua atau Guru Besar tak boleh bagi pihak)
- Jabatan Pendidikan Negeri
- Bahagian Profesionalisme Guru
- Bahagian Biasiswa dan Tajaan Pendidan KPM
Perkara yang penting sebelum kita memohon cuti belajar ini kena tahu program cuti belajar apa yang dibenarkan oleh KPM untuk kita mohon. Ada beberapa jenis program iaitu:
- Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
- Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Tajaan Biasiswa selain dari KPM (Tajaan Asing)
- Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTGTB)
- Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa (CBTGDB)
- Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
Jenis program ini semuanya untuk bagi yang memohon secara personal bukannya melalui tawaran dari KPM seperti HLP iaitu Hadiah Latihan Persekutuan.
Pemilihan program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa telah dibuat. Kesemuanya menggunakan duit sendiri. Walaupun tak guna sedikit pun duit kerajaan namun kita masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan apabila memohon mana-mana program sekali pun. Bahagian perjanjian dan terma-terma ini nanti akan dibincang di posting lain.
Kalau ikutkan sebelum memohon dengan ketua jabatan (perlu maklum juga sedikit dengan ketua jabatan tentang perancangan kita agar beliau tak keberatan nak sokong permohonan) kita perlu membuat perancangan pelajaran untuk kita maklumkan kepada Bahagian Tajaan dan Biasiswa KPM. Perancangan pelajaran itu perlu ada berapa lama kita akan habiskan masa untuk belajar, course apa yang akan diambil dan apa perancangan selepas habis belajar. Template banyak boleh cari dalam google. Taip je Plan Of Study. Sebenarnya aku pun tak buat plan of study ni, selepas lulus permohonan baru aku tahu kena buat. Kena bebel juga la sikit dengan jabatan.
Course dan perancangan masa tu boleh ambik dalam web fakulti universiti yang nak dimohon di bahagian struktur kursus dan takwim. Dari situ dah boleh rancang bagaimana nak buat plan of study.
Setelah selesai semua , boleh memohon dengan universiti yang mana nak dimohon. Kebiasaan program post graduate di universiti luar negara akan bermula awal musim luruh dan musim bunga. Jadi kena rajin tengok dalam web universiti pengambilan bulan berapa.
Untuk dapatkan borang dari web KPM boleh klik link ini. Borang Cuti Belajar
Ok. untuk permohonan dengan universiti kebiasanya dia orang terima jer kalau cukup syarat tapi yang penting kena ada recommend letter dari majikan dan juga tengok bahasa pengantaraan yang digunakan untuk belajar. Kalau macam aku kat Istanbul ada dua pilihan iaitu bahasa Inggeris atau Turki. Kalau bahasa Inggeris, kena ada sijil dah lulus ujian bahasa Inggeris seperti IELTS, PTE atau Toefl. Kalau bahasa Turki pun sama kena ada sijil bahasa, Ada syaratnya juga berapa markah paling minimum untuk lepas. Kena baca elok-elok syarat-syarat semasa memohon, ada universiti yang terima hanya sijil-sijil tertentu sahaja. Satu lagi sijil bahasa yang ada itu hanya laku hanya dua tahun dari tarikh yang di ambil. Jadi rancang elok-elok.
Setelah dapat tawaran dari universiti, baru aku mohon dengan KPM untuk cuti belajar ni. Perkara pertama kena buat ialah kena tengok dalam borang permohonan ada senarai dokumen yang perlu disediakan dan disahkan oleh ketua jabatan. Perkara ini akan ambil masa lama sedikit untuk selesai. Ada 6 borang yang perlu di isi dan dibuat salinan slip gaji, ijazah, spm, isytihar harta terkini, takwim belajar dan salinan buku perkhidmatan.
Ada 3 borang yang perlu ditandatangani oleh 3 orang dari jabatan yang berlainan. Ini yang kalau hantar by post ambil masa 2 3 bulan baru nak selesai. Yang pertama dengan ketua jabatan kita, keduanya dengan pengarah JPN dan yang ketiga dengan ketua Bahagian Profesionalisme Guru. jadi kalau hendak cepat selesai macam aku buat, aku hantar by hand kesemuanya dan aku tunggu kat pejabat sampai bos dia tandatangan. Disebabkan itu aku dapat selesaikan dalam masa 2 minggu. Kalau tak memang borang tu akan duduk belah bawah sekali dan tunggu ketua masing-masing nak tandatangan.
Setelah selesai kesemuanya sehingga sampai ke Bahagian Profesionalisme Guru, kita dah boleh lega sedikit sebab Bahagian Biasiswa dan Tajaan takkan lulus permohonan cuti belajar jika Bahagian Profesionalisme (BPG) tak sokong dan tandatangan borang permohonan kita. Dah setel dengan BPG baru hantar ke Bahagian Biasiswa. Ini pun aku hantar by hand jugak untuk pastikan dokumen tu betul-betul sampai ke tangan orang yang incas permohonan ni.
Permohonan aku ini agak kontroversi juga sebenarnya disebabkan lulus dalam masa 2 minggu je dari tarihh yang aku hantar ke bahagian. Kiranya aku bagi alasan diaorang kena luluskan jugak cuti belajar ini sebab aku dah bayar separuh yuran belajar dekat universiti. Alhamdulillah. Dapat respon yang baik. Kebetulan tarikh surat lulus cuti belajar aku adalah sama dengan cikgu-cikgu yang dapat tawaran HLP.
Ok selesai bahagian bagaimana aku mohon cuti belajar dengan KPM. Jadi buatlah perancangan betul sebelum memohon program Cuti Belajar agar lancar je permohonan korang. Kena sediakan alasan yang munasabah bagi diaorang luluskan cuti belajar. Bagi yang nak bertanya boleh tinggalkan komen kat bawah. Nanti aku balas ikut pengetahuan dan pengalaman aku.
Nanti aku akan ceritakan jugak bagaimana pulak kami sekeluarga boleh keluar negara walaupun musim covid ni kerajaan tak benarkan orang keluar. Sampai berjumpa lagi di post yang akan datang. Terima kasih.
Tonton video penerangan tersebut.
Hi,nak tanya tentang Ranking universit. Mesti university top 100 in the world akan diluluskan kah ? kalau bukan top 100 ada peluang untuk diluluskan cuti belajar kah ?
ReplyDeleteSaya pun ade pertanyaan yang sama.
ReplyDeleteHi nk tnya..
ReplyDelete1.hlp luar ngara utk doctarate je kan..KPM ambil kira tak result atau tesis kita smasa master.
2.memang kna mohon kt universiti yg kita nk dlu eh.. Baru mohon hlp
3.alasan yg munasabah utk bg diorang luluskan tu.. Apakahnantaranya
Trima kasih klau sudi jawab
Cikgu sbgai guru.. Apa program phd yg sesuai kt sana.. Adakah perlu berkaitan dgn prgram master kita..bpleh tahu apa program yg cgu amik kt universiti tu
ReplyDeleteRespect and I have a keen give: How Much Do House Repairs Cost house renovation on a budget
ReplyDelete