Cara keluar negara ketika musim covid atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bertemu kali ini dalam posting terbaru kami, bagaimana kami keluar negara ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.

Untuk makluman setelah PKP diperkenalkan pada bulan 3 tahun 2020, kerajaan telah mengetatkan pergerakan keluar masuk negara samada dari warganegara atau warga asing. Keluar negara untuk pelancongan memang tak dibenarkan terus, telah jadi menjadi isu besar bagi yang telah merancang untuk keluar jalan-jalan ke keluar negara pada hujung tahun 2020. Ramai yang mengeluh lebih-lebih lagi bagi yang dah tempah tiket kapalterbang. Banyak syarikat airlines hanya refund dalam bentuk kredit dalam akaun masing-masing menyebabkan terpaksa mencari tarikh yang lain untuk tempah tiket dengan syarikat yang sama.

Berbalik kepada cara untuk keluar negara pada waktu PKP. Sebenarnya kerajaan ada memberi kelonggaran kepada beberapa golongan untuk keluar dengan syarat menyediakan beberapa dokumen bagi menyokong permohonan kita untuk keluar.

Pada awal-awal PKP, kerajaan melalui pihak imigresen telah mengarahkan bagi sesiapa yang hendak keluar perlulah menghantar permohonan secara emel kepada ketua pengarah imigresen. Memang memakan masa yang lama dan sehinggakan mengambil masa 3 bulan untuk mendapat jawapannya. Memang pejabat imigresen tidak menang tangan untuk menjawab telefon dari pemohon. Sehinggalah pada bulan 6 kalau tak silap baru pihak imigresen buat sistem permohonan secara online. Kami guna kaedah secara online ini daam masa 2 hari dah dapat jawapan. Semakin efisyen kerja dari pihak imigresen.

Sistem permohonan secara online ini boleh tuan klik link ini. MyTravelPass

Sistem yang diperkenalkan ialah MyTravelPass. Dalam web ini boleh kita tengok syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan. Kami lebih sentuh kepada permohonan dari warga negara sahaja, sebab didalam sistem online ini ada 8 menu dan hanya satu menu untuk warga negara yang lain untuk warga asing.

Kategori golongan yang boleh memohon ialah :

  1. Lawatan rasmi ( Mesyuarat dan persidangan)
  2. Tujuan perawatan/perubatan, perniagaan dan kecemasan.
  3. Belajar, sambung belajar dan mengambil peperiksaan. ( Update 12.3.2021 yang terbaru dah tiada untuk kategori belajar tapi boleh mencuba)

Kami tadalah golongan yang keluar untuk sambung belajar. Persediaan yang perlu kita buat ialah  menyediakan dokumen sokongan untuk dihantar secara online kepada imigresen.

Dokumen yang kami sediakan ialah :

  1. Salinan surat tawaran belajar
  2. Salinan surat kelulusan cuti sambung belajar
  3. Salinan surat isteri/suami diberi kelulusan cuti ( bagi yang bawak keluarga, kalau bawa diri sendiri je tak perlu surat ni.)
  4. Salinan passport ( perlu lebih 6 bulan daripada tarikh tamat passport)
  5. lain-lain dokumen jika sesuai untuk yakinkan pihak imigresen.

Semasa mengisi permohonan haruslah berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan masuk angka-angka atau perkataan. Sebab jika silap tak lepas semasa di pintu imigresen. Untuk makluman juga permohonan adalah untuk sehala sahaja. Untuk masuk perlu membuat permohonan kembali. Selepas permohonan diluluskan kita ada masa selama 30 hari untuk keluar, kalau tidak terpaksa memohon kembali. Kami setelah lulus permohonan barulah kami membuat tempahan tiket kapal terbang. Jangan beli lagi tiket kapal terbang selagi tidak dapat jawapan daripada pihak imigresen. 

Semasa di pintu imigresen di lapangan terbang, salinan kelulusan yang telah di emelkan kepada kita hendaklah dicetak untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen. 

Sekian sahaja penerangan mengikut pengalaman kami keluar negara semasa pkp. Kami ada muat naik video penerangan tersebut di dalam channel Ralit. Boleh tonton. Jika ada persoalan boleh tinggalkan di ruang komen. InsyaAllah kami akan cuba menjawab dengan sedaya kemampuan kami.










No comments:

Post a Comment