Siri III ini adalah rentetan hari yang sama bertarikh 3 Disember 2015. Entri yang panjang untuk satu hari terpaksa dibahagikan kepada dua siri dan perkongsian ini menceritakan tentang kelegaan buat kami apabila melihat Bangkok Centre Hotel tersergam teguh di depan mata. Seseorang telah menunggu kami di sana untuk kami ucapkan Hi!
3 Disember 2015
(JUMAAT) – Sambungan
Terpampang dari jauh muka pintu Bangkok Centre Hotel. Rasa
nak berlari terus biar cepat-cepat dapat check in. Anak-anak bukan main happy
lagi bila tau lepas ni dah boleh masuk bilik. Ada seorang pakcik panggil kami.
Tengok pada papan tanda “Taxi”. Kami agak pakcik ni sediakan servis
pengangkutan teksi. Ramah betul pakcik ni. Siap ajar kami ayat-ayat mudah dalam
Bahasa Thailand dan menawarkan perkhidmatan teksi untuk kami. Persetujuan
dicapai apabila dia menawarkan 200 baht untuk ke restoren halal. Kalau return,
tambah lagi 200 baht. Boleh tahan harga teksi… Kami dah sangat lapar
sebenarnya. Tengok jam dah pukul 4 petang. Memang patut pergi isi perut dulu.
Pakcik tu tunjuk buku ni untuk kami belajar bahasa Thailand. Yang kami guna sepanjang di Thailand cumalah Kab Khun Ka (perempuan) Kab Khun Khab (lelaki). Maknanya terima kasih.
Sebelum tu, kami masuk dulu untuk selesaikan urusan hotel.
Harga bagi semalam hotel ni adalah RM180 dengan membuat tempahan di Agoda. Bawa
yang printed je tunjuk pada receptionist. Wang deposit sebanyak 1000 baht dan
dapat ditebus balik bila dah check out. Bellboy menurut kami dari kaunter, lif
sehingga la ke muka pintu bilik. Konpius sebab kami tak pernah diiringi pekerja
hotel selama ni ke bilik dan masih tercegak depan pintu sambil tersenyum. Faham
la kami bahawa nak tip rupanya… Kami hulurkan 20 baht dan berlalu la bellboy
tu. Nak tergelak pun ada. Ni la pertama kali kami bagi tip. Cukup ke tak 20 baht
tu wallahualam. Bergembiralah wahai bellboy yang manis.
Not bad untuk bilik berharga Rm180. Ada dua katil single yang
digabungkan, bath tab dan amazing view bandar Bangkok. Pada mulanya, kami nak
tempah di Hostel Budget Station yang berada seberang stesen keretapi Hua
Lamphong. Tapi, bila tengok harga kami batalkan niat. Murah jika bayar untuk
perseorangan dengan harga RM60. Kami ni berempat, so kena darab 4. Dah jadi
RM240. Bilik air pula kena berkongsi. Bagi backpacker yang single, boleh la
bermalam di hostel. Bagi yang bekeluarga, lebih murah jika membuat tempahan
hotel. Lagipun, bilik air tak perlu berkongsi dan lebih privasi untuk empat
beranak. Kalau anak dah remaja, rasanya lebih baik bermalam di hostel pulak
kan.
Boleh tahan jugak dengan harga Rm180. Luas la bagi kami sekeluarga. Yang tak best, toilet takde paip panjang. Tisu ada la.
Selesai bersiap-siap dalam bilik, kami terus turun ke bawah
cari pakcik tadi. Kami menaiki kereta Mercedes model lama. Takde tanda-tanda
menunjukkan kereta ni adalah teksi. Yang penting ialah bersih dan selesa. Kalau
la kami sampai awal sebagaimana yang dijadualkan dahulu, nak aje kami berjalan
ke kedai makan halal. Tapi, hari dah lewat, kami juga dah tak bertenaga, bayar
jela duit teksi. Tak sampai 10 minit dah sampai Home Cuisine Islamic Restaurant
yang bertemakan masakan Indian dan Thai food. Kami boleh samakan restoren ni
standard kopitiam Malaysia. Cantik dekorasi dengan bau-bauan yang harum dan
lagu yang dimainkan mendamaikan. Namun begitu, sakit kepala tak hilang. Mungkin
perut dah masuk angin. Tengok jam dah pukul 4.45 petang. Terpaksa telan dulu 2 biji
postant.
Nasi goreng udang 2 pinggan, air tembikai, oren juice, susu
sejuk dan ais kosong datang dihidang di atas meja. Nasinya macam beras pulut,
tapi sedap jugak la. Siap bungkus nasi dan sup ayam lagi untuk makan malam
nanti. Daripada dalam kedai, kami memandang keluar dan melihat stall yang
menjual makanan macam satay. Yang menjualnya perempuan bertudung. Ramai yang
singgah membeli terutamanya pelajar sekolah. Sempat bersembang dengan driver
teksi tadi, pelajar sekolah ni adalah bangsa Cina dan mereka sangat kaya. Kami
tak dapat beza pun mana bangsa Cina dan Thailand. Muka sama, bahasa yang
digunakan pun sama. Bangsa Cina ni, tak kisah ke negara mana pun mereka
menetap, tetap berjaya dan kaya.
Dekorasi kedai yang sangat selesa buat kami.
Kami akan dihidangkan dengan air kosong dahulu sebelum makanan sampai. Setakat ni, semua kedai makan yang kami pergi hidangkan air kosong dahulu walaupun tak minta.
Nasi goreng seafood. Kami tak makan banyak sebab tak berselera sangat. Cuma kali ni, lepas makan rasa nak tambah lagi. Sedap jugak. Tapi bila teguk air tak jadi nak tambah. Bungkus bawa balik bilik jela.
Keluar daripada kedai makan, kami berjalan ke stall tersebut.
Baru perasan sebenarnya kami berada dekat dengan Masjid Haroon. Patut la ramai
orang Islam di kawasan ni. Ada pelajar pondok, deretan kedai makan, orang yang
lalu lalang pun kami tengok semuanya Islam. Sejuk mata memandang. Mereka
belanja tiga cucuk satay ayam kepada Naura. Satu cucuk 10 baht. Besar la saiz
satay berbanding yang Malaysia. Kami beli cheese hotdog tiga cucuk dengan harga
30 baht.
Restoren kami makan tadi berada di kiri warna hijau. Laluan kecil yang ada pintu gerbang bertuliskan Masjid Haroon. Sebutan masjid di sana ialah mesejid. Tak sempat pergi sebab dah hujan.
On the way balik ke hotel, kami perhatikan trafik banyak
jalan sehala bagi mengelakkan jalan jem. Jumlah penduduk di bandar Bangkok ni
seramai 24 juta orang. Mereka sangat beradap di atas jalan raya dan boleh
bertolak-ansur dengan saling memberi laluan kepada pemandu lain. Kalau di
Malaysia, siap berebut siapa dapat jalan dulu (hey, kami pun pemandu. Hoho…)
Hon pun kurang kedengaran. Yang dengar time tu, hujan yang turun. Tengok jam
dah pukul 5.30 petang. Tak lama dah nak malam.
Sekali lagi kami sampai di perkarangan hotel dan membuat
pembayaran kepada driver sebanyak 400 baht. Turun teksi, kami terus ke spa
bersebelahan hotel. Driver tadi tak puas hati kami ke sana sebab dia boleh
suggest tempat yang lagi murah. Suami bagitau, tak apalah. Saje nak rasa
bermewah-mewahan. (padahal list tempat kami nak pergi semua tak jadi pergi T_T) Haha… Aku amik pakej yang facial spa dengan harga 1250 baht.
Mahal pun takpe la sebab memang dah tak ke mana pun sebab dah tak cukup
masa. Facial ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit sekali dengan urutan.
Suami dan anak-anak dah pun terjun kolam renang.
Facial muka dan massage yang diberikan sangat berpuas hati
serta segala kepenatan hilang. Ingat lagi perbualan dengan tukang urut tu,
“If you feel pain, you must tell me. So, I’ll be stop.”
“Its really pain. Can you stop now?”
“Hold on, hold on!”
Baik takyah bagitau kalau suruh bertahan dengan kesakitan tu…
Tapi memang sedap badan la lepas dia massage. Ada satu lagi perbualan yang
sangat bermakna. (Jangan kata perasan pula ye)
“Why are you wearing this (hijab) to close your head?”
“Because my religion must me to do this.”
“You look more beautiful without this. Trust me. I love to
watch you because your face just like us and look more beauty than our people.”
“We need to cover our beauty dear.”
I smiled, and she smile back to me. Kita perlu respect
diorang punya opinion dan mereka pun macam boleh terima pendapat yang diberi
(ditekankan sekali lagi, bukan perasan okey…) Dan aku pun tak tau betul ke tak
susunan bahasa Inggeris tu. Maaf la kalau salah. Main bantai je. Ntah-ntah dia
senyum sebab tak paham aku cakap. Hihi..xxx Ni la komunikasi paling best aku kat
sini. Aku dihidangkan teh sebelum keluar. Hujan lebat sangat dan dihantar oleh
tuan kedai spa. Berpayung la kami ke hotel. Sempat diberitahu oleh dia sebelum berpisah
yang mengatakan inilah hujan pertama yang turun untuk sekian lama. Lebat pulak
tu. Malang bagi kami sebab tak dapat keluar untuk ke China Town.
Naik ke atas terus membersihkan diri. Tengok anak-anak dah
bersih comel dengan berbaju tidur. Siap lompat-lompat katil lagi. Kami pun mula
on wifi berhubung dengan keluarga memberitahu keadaan kami di sini. Kami
makan malam dengan makanan yang dibungkus tadi. Kami buka serunding yang
dibawa daripada Kelantan. Suami tak berselera kerana mula rasa tidak sihat.
Rasa bersalah pulak sebab aku sangat la sedap badan lepas diurut. Suami keluar
seorang diri mencari Panadol di mart berdekatan. Kami tinggal di lobby hotel sebab hujan belum berhenti (konon nak ikut jugak).
Tidak lama kemudian, suami balik dengan makanan satu plastik. Tanya dia mana
Panadol, dia lupa nak beli di mart tadi dan cuma ingat makanan
untuk breakfast esok sahaja. Macam tu skali bila sakit ye... Disebabkan hujan
renyai-renyai je, kami pergi ke Stesen Hua Lamphong sekeluarga. Anak-anak tak ada masalah sebab pakai jacket cap. Sampai sana
tengok ramai gelandangan tidur di perkarangan stesen. Kesian pulak tengok.
Sejuk juga lepas hujan ni. Mart dalam stesen pun dah tutup. Kami balik semula
ke mast berdekatan hotel tadi dan meminta Panadol. Mereka tak faham. Bagitahu
paracetamol baru faham. Sama je bungkusan dengan Malaysia. Kemudian kami balik
semula ke bilik sebab nak hujan sekali lagi. Sesampai sahaja ke bilik, anak-anak
terus tidur. Kami layan tv kejap. Ada la satu channel fox yang boleh ditonton
dengan sarikata Thailand. Dapat juga kami tidur di katil malam ni.
Keadaan sama gelandangan kami pernah lihat di kaki lima deretan kedai di Kuala Lumpur. Kira yang ni lebih bernasib baik. Siap ada tong tadah air hujan lagi.
Cukup setakat ni yang dapat kami kongsikan sehari berada di Bangkok. Kami memang terlepas peluang untuk melawati tempat-tempat menarik di sana. Namun kami menganggap inilah pengalaman yang Allah swt berikan untuk kami rasai bersama. Sambungan perkongsian seterusnya, tren yang amat mengejutkan kami. Jauh berbeza dengan apa yang kami jangkakan!
Di akhir catatan ini kami akan menyediakan videoklip Kembara
Ke Bangkok.
Peringatan buat kami :
- Carilah penduduk Muslim di negara yang dilawati untuk mengenali saudara Islam kita di sana.
- Berdakwah walaupun hanya secubit kata dan seinci perilaku.
- Walau di mana kita berada, jagalah adab dan agama kita.
Klik di sini untuk ke Masjid Haroon
http://halallivingthailand.com/2014/07/30/haroon-mosque-chareon-krung-36-bangkok/
AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE
AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE
No comments:
Post a Comment