Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri V


Hajat untuk menaiki tren dari KL Sentral ke Bangkok telah tercapai. Jadi tak ada yang perlu kami kesali. Senarai tempat untuk dilawati penuh di buku catatan. Tapi tak dapat pergi satu pun. Asalkan dapat menjejakkan kaki ke negara orang dengan empat beranak cukup la. Anak-anak pun patuh sahaja dan tak ada masalah. Allah swt telah mempermudahkan perjalanan kami. Syukur ke hadrat Ilahi. Kami pun tak sangka dapat ke sana. Biarpun dengan acah-acah backpackers je ni. Jika ada rezeki, kami nak datang lagi. Insyaallah.

4 Disember 2015

Kami breakfast dengan roti dan biskut yang dibeli di mart semalam. Serunding dan hotdog pun ada lagi. Kami pun amik kesempatan mengemas semula beg. Tukar pakaian kotor di bawah untuk memudahkan kami mencapai pakaian baru di Hatyai nanti. Lepas check out, kami terus ke Stesen Hua Lamphong utnuk tukar tren Rapid ke tren Ekspres. Sampai sana, baru perasan rupanya ada kaunter untuk foreigner. Patut terus ke sana untuk urusan. Tapi sebab dah janji dengan juru kaunter 1 semalam, maka kami terus ke sana. Beruntung juga sebab lelaki kaunter tu terus bagi tiket sebagaimana yang dijanjikan. Kami terpaksa tambah 980 baht lagi untuk tiket tren Ekspres. Macam biasa, tiket tu sekali dengan anak. Anak berumur 11 tahun ke bawah kena tidur bersama ibu bapa.

Tiga orang Kelab GTOC posing depan pintu masuk sebelum berangkat ke stesen.

Kaunter tiket untuk warga asing. Boleh berurusan dalam ni.

Sebelum bertolak balik, kami tukar duit sekali lagi RM200 dan dapat 1590 baht di dalam stesen. Mahal kalau nak banding dengan makcik comel kat Hatyai hari tu. Terpaksalah sebab lagi dua hari lagi nak sampai Malaysia. Lepas tu kami menyeberangi jalan ke lorong kedai. Di situ ada Hotel Train Station. Murah dan berbaloi jika menyewa perseorangan. Kami makan tengahari di lorong sana kedai kepunyaan orang Takbai. Siap bungkus sup dan nasi lagi untuk makanan malam nanti. Selesai makan, sempat jalan-jalan kejap dengan mengusung beg 9 kg tu.

Papan tanda putih bertulisan Selamat Datang. Takkan nampak kepada sesiapa yang tak boleh baca dalam ejaan jawi. Hihi

Kami perlu berada 30 minit sebelum tren berlepas. Jadi, kami pusing-pusing round perkarangan stesen dan tengok gelagat orang sana. Pertama kali kami melihat orang potong rambut berjemaah secara terbuka. Macam pelajar yang menyimpan rambut panjang dan didenda di depan perhimpunan. Kemudian kami sempat bersembang dengan beberapa orang sana dan mengambil gambar untuk habiskan masa. Kebetulan tarikh berkenaan bersempena dengan kelahiran Raja mereka. Dekorasi stesen ada kelainan daripada kelmarin. Ada orang berbasikal masuk ke stesen dan terlihat banyak kamera di sana sini. Kami juga perasan ada tren berwarna kuning milik Raja mereka.

Meronda-ronda dalam Stesen Hua Lamphong. Penuh dengan persiapan untuk kehadiran Ayah (Raja). Tren kuning adalah tren diraja.

Tren Ekspres mula bergerak pukul 2.45 petang. Kami terkejut apabila melihat tren Ekspres berbeza dengan tren Rapid. Kami senaraikan di sini :
  • Berhawa dingin.
  • Kerusi yang luas daripada tren KTM.
  • Ada suis plag (boleh cas handset. Tapi suis pin tak sama dengan Malaysia)
  • Tempat letak beg di siling tren dan di bawah kerusi. Jadi takde la bersepah di tengah laluan.
  • Terdapat meja hidang antara kerusi.
  • Ada attenden (kami tengok macam pramugari dan pramugara)
  • Ada waiter / Waitress.
  • Banyak tempat gantung barang (kami sangkut makanan)
  • Tempat letak botol air.
  • Selimut yang lebih tebal.
  • Lampu bacaan yang hidup. (Kalau sebelum jumpa yang sekadar perhiasan sahaja)
  • Pakaian attenden macam pilot
  • Yang penting, tren kelihatan baru sangat-sangat
Suggest sangat kepada yang nak bawa ibu bapa atau ada anak-anak kecil menaiki tren ni. Sangat selesa dari segi kemudahan yang disediakan. Bangun esok dah sampai Hatyai.


Persoalannya, kenapa la tak naik tren ni je semalam? Tapi ada baiknya kerana dapat la kami merasa pelbagai tren kan. Dari yang kelas ketiga sehingga la kelas kedua. Kelas kedua baru ni. Kalau kelas pertama tak tahu la. Kami makan hidang mengadap pemandangan di tepi tingkap. Penumpang lain order je daripada waitress. Siap ada buku menu lagi. Kami tak berani makan yang dalam tren sebab was-was tentang halalnya. Seronok sangat sebab betul-betul merasai percutian di atas tren. Selesai makan, ada sinki sebelah bilik air. Malam nanti boleh gosok gigi di sana sebab ada cup pakai buang untuk berkumur disediakan.  Katil dibuka pada pukul 6 petang. Datang attenden yang berpakaian pilot bukakan katil. Luasnya katil jika dibandingkan dengan KTM dan Rapid.

 Attenden sedang membuka katil. Rugi tak amik gambar dia memakai full uniform. Siap bertopi lagi.

Kerusi yang lebih luas berbanding sebelum ni. Kami siap boleh cas SJCam lagi. Penyangkut di sebelah kiri atas. Dah tak payah letak beg sebelah kerusi.

 Sesi bersuap sambil menikmati pemandangan luar. Seronok sehingga berseri-seri muka. Tak perlu lagi ke cafe. Kalau nak makan boleh order je. Status menu halal, tapi bercampur dengan senarai makanan pork. Kami tak suggest untuk order makanan dalam tren.

 Bila dah malam, keadaan dalam tren semakin sejuk. Tapi bila dah tarik kain langsir, terasa nyaman sahaja. Kalau berada di lower bed, kita boleh tarik rel ke depan untuk luaskan lagi ruang tidur. Kepala kerusi boleh diangkat menjadi meja dan terdapat lampu bacaan.

Entry kali ni ringkas je. Macam takde kaitan dah dengan tajuk Tren ni pergi Bangkok ke? Patut tukar kepada Tren ni dari Bangkok ke Hatyai ke? Panjang la pulak. Haha.

Kami akan sampai ke Hatyai sekali lagi. Perjalanan kami kali ni bukan lagi mengambil masa 19 jam. Naik tren ekspres kan. (berlagak betul) Sampai Hatyai nanti kami dah tak rasa bingung dah dan menjumpai mereka. Siapa mereka? Sambung untuk siri terakhir kami nanti.

Di akhir catatan ini, kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Daripada kaca mata kami:
  • Orang Thailand sangat ramah.
  • Mereka sangat suka akan budak-budak.
  • Anak-anak dapat biskut percuma malam tu. Hehe
AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE

No comments:

Post a Comment