Tips beli tiket penerbangan dengan harga mampu bayar


Pernah semak harga tiket flight tak? Mahal kan? Tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sabah pun dah cecah RM250 sehala. Kalau pergi bersama keluarga, perlu didarab kesemua jumlah ahli. Tiket flight sahaja sudah mencapai ribuan ringgit. Itupun, masih dalam Malaysia. Kalau ke luar negara yang jauh daripada Asia Tenggara, mau botak kepala kan.

Setiap percutian, tiket flight adalah beban yang sangat besar. Bagi perbelanjaan ke destinasi, ianya tidak menjadi masalah bagi kami. Yang tu boleh bajet seminimum mungkin. Makanan boleh dibekal, tempat tinggal cari yang sekadar tidur malam dan membeli-belah dibuang daripada jadual πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Di sini, kami ingin berkongsi cara mendapatkan tiket flight yang murah. Anda tidak perlu menjadi kaya, atau perlu ada anak-beranak yang bekerja sebagai staf di airline. Bukanlah tersangat murah. Tetapi mampu dan berbaloi untuk membayar. Ini, adalah cara kami.

1. Install app Skyscanner, Traveloka dan Kayak.

Application ini membantu mencari tiket perbandingan harga yang paling rendah. Bukan sahaja trivago sahaja mampu noo... Kenapa bayar lebih dengan penerbangan yang sama? Cuba ingat balik iklan trivago tu. Lebih kurang sama dengan kebaikan application ni. Jangan lupa tetapkan alarm supaya anda tahu bila-bila masa harga menurun.


2. Tarikh penerbangan tidak ditetapkan.

Kalau anda tetapkan tarikh dan bulan sekian-sekian, peluang untuk mendapatkan harga murah amat tipis. Sebagai contoh, anda ingin ke Bangkok pada 12 Dis 2017. Cuba anda cek keseluruhan harga bagi sebulan bulan Disember. Anda boleh bandingkan perbezaan harga yang ketara bagi setiap 30 hari tersebut.

3. Daftar dengan mana-mana Airlines.

Berdaftarlah dengan Airasia, MAS, VA, Cebu Pacific, Garuda, Thaiairways atau mana-mana website Airlines. Untung-untung, anda akan menerima email daripada syarikat penerbangan dengan memberi harga promosi yang terawal.


4. Tidak melengah-lengahkan.

Jika sudah mendapat tiket yang berpatutan, jangan sesekali biarkan berlalu kononnya hendak berfikir dahulu. Maka, memang tak mungkin wujudlah harga tiket sebagaimana yang anda dapat sebelum ini. Harga berpatutan bagi setiap orang tidak sama. Kemampuan hanya boleh diukur oleh tuan badan sendiri. Jika anda rasa anda mampu membayar, terus tempah tanpa perlu berlengah lagi. Harga boleh berubah dalam sesaat cuma. 

5. Promosi.

Setiap syarikat penerbangan mempunyai tempoh promosi bulan-bulan tertentu dalam tempoh setahun. Anda cuma perlu alert sahaja. Tempoh promosi itu keluar hanya seketika. Peluang tiket pada waktu ini kemungkinan separuh harga asal. 

6. Hari beli tiket.

Mulanya tidak percaya, tetapi terbukti bahawasanya, tiket murah pada hari Selasa dan Rabu. Rezeki kami juga, selama ini kami tidak bersekang mata sehingga 3 pagi memburu tiket murah. Jika anda ingin lagi murah, cubalah menunggu selepas pukul 12-4 pagi di hadapan laptop. Waktu itu, kami belum lagi cuba. 

Ini sahaja tips yang kami pernah alami. Kami kongsikan kepada semua bagi menjimatkan wang anda daripada banyak berhabis di tiket flight sahaja. Duit yang dijimatkan itu boleh digunakan berbelanja di destinasi yang anda sudah pun tempah. Jika sudah berjaya, jangan lupa masukkan semual aktiviti membeli-belah di dalam perjalanan anda di sana! Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment