Naik flight nanti, jangan lupa untuk membeli insurans. Kenapa? Untuk melindungi sepanjang perjalanan. Pengalaman telah mengajar untuk mengatakan YA untuk membeli. Wajib.
Al-kisahnya, beg tarik mengalami kerosakan untuk sesi ketiga penerbangan ke SKM baru-baru ini. Beg hanya pecah di bahagian hadapan. Tak besar dan tak adalah sehingga tahap terburai isi dalam beg. Tapi, takkan lah kita nak hadap beg pecah akibat perbuatan orang lain kan. Jadi, dengan harga insurans AirAsia serendah RM23 pergi dan balik, maka, tuntutan boleh dibuat serta-merta. Hanya perlu buat laporan di bahagian bagasi di KLIA. Kemudian, kita perlu mengambil gambar dan memuat naik gambar kerosakan berkenaan sebagai bukti. Isikan sedikit maklumat dan hantar. Dalam tempoh 7-14 hari, jawapan akan diterima melalui e-mail.
Akhirnya, beg tarik kami telah diganti dengan wang ringgit. Banyak juga. Harga beg sebenar murah je. Jadi, jangan kemut nak mengeluarkan duit membeli insurans. Bukan sekadar melindungi beg, malah kita akan mendapat banyak keuntungan jika ada masalah lain seperti kelewatan waktu bertolak dan sebagainya. Tak rugi. Biarpun hanya 45 minit perjalanan, sila beli! Bina perjalanan dengan bijak.
Selamat bercuti 🛩️
E-mail yang diterima daripada pihak insurans AirAsia.
Kesan kerosakan sebagaimana anak panah. Tak jelas kerana warna beg terlalu gelap. Sebenarnya retakannya besar juga.
Cetak makluman insurans yang telah dibeli dan disimpan. Ini memudahkan kita membuat tuntutan terus secara online.
cousin sha pernah terbang ke sabah dan beg pecah tapi rasanya dia takebli insuran haha rugi kan kalau takbeli
ReplyDeletebelilah. insurans baru RM10 lebih. Bayaran ganti rugi beg dapat RM200. Banyak tu
Delete