Impian anak tercapai

Pernah dipost dalam blog.

Macam tak percaya. Mula-mula, saje je belek blog. Tengok balik tajuk lama-lama. Rasa berminat, klik dan baca balik. Sekali, terkeluar yang ni. Macam satu kebetulan. Atau doa yang telah dimakbulkan Allah? 

Di tahun 2017 ini, kami bercadang untuk ke China pada bulan Disember. Setelah 3 tahun berlalu, barulah hasrat anak akan tertunai. Itupun kami dah lupa yang dia pernah menyatakan hasrat ke China sebelum ini. Alhamdulillah. Masin mulut kau nak.

Segala persiapan telah diadakan. Hanya perlu pergi sahaja. Semoga Allah memberi kami kesihatan yang baik, dipermudahkan perjalanan dan segala urusan. 

Itinerary telah pun siap. Tiket kereta api pergi balik dari Beijing ke Hohhot (Inner Mongolia) dah pun dibeli. Hotel hanya ditempah tanpa membuat apa-apa bayaran. Pakaian dah pun dibeli baru. Kalau tak cukup akibat suhu, terpaksalah beli lagi di sana. Siap beli backpack baru lagi buat anak-anak. Mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa sendiri beg pakaian masing-masing untuk tahun ini. Dan, mereka sanggup. Malah, mereka juga sangat gembira diberikan kepercayaan untuk menggalas barangan sendiri. Kata mereka, "Kami nampak macam backapcker,"

Untuk makluman, perbelanjaan kami ke China lebih tinggi berbanding dengan Jepun. Ini kerana, setelah dibuat penyelidikan, tempat yang kami akan kunjungi sangat jauh antara satu tempat ke satu tempat. Kami terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk kos pengangkutan. 

Kami akan terbang ke China tidak lama lagi. Kami amat berharap agar perjalanan kami yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. 9 hari berada di negara orang. Semoga kami pulang membawa segudang ilmu pengetahuan. Amin.

No comments:

Post a Comment