Usah jadikan alasan anak-anak beban kita semasa bercuti

Saje nak tanya, pergi jalan-jalan selama ni memang tak pernah tinggalkan anak ke? 
Kenapa tak tinggal je kat kampung?
Tak susah ke bawa anak-anak ni?
Banyak tak belanja kalau bawa budak?

Jawapan kami sama. Tak pernah, tak mungkin, tak akan tinggalkan anak-anak walaupun susah macam mana pun. Mereka anak kami. Memang tanggungjawab kami untuk menjaga mereka tak kira di mana kami berada. Orang tua kami ada kehidupan mereka sendiri. Usah susahkan mereka di kampung. Sudah berpuluh tahun orang tua kita menjaga kita dan adik-beradik. Kenapa nak serahkan cucu kepada mereka? Dulu mereka masih muda. Masih mempunyai kudrat melayan anak-anak. Bila dah tua macam ni, kesian bila dilihat. Cucu merengek nak suruh dibuatnya milo, minta tolong gorengkan nasi, berebut remote control nak tengok kartun... Jangan bebankan emosi orang tua. Ini waktu mereka untuk berehat dan mempunyai 'me time.' Perlukan ingatkan dalam diri, setiap individu di dunia ini ada perkara yang hendak dibuat. 

Berusia 5 tahun ketika pertama kali mengembara luar dari Malaysia secara ala backpacker. 4 hari di dalam tren. Siap silap naik tren kelas kedua pula tu. KL Sentral - Hatyai - Bangkok - Hatyai - KL Sentral.

Kalau nak tahu, lagi seronok bersama anak-anak ketika bercuti ni. Mereka ni lebih kurang buddies kita. Ada ketika kita rasa gembira, marah, menyampah, menangis dan macam-mcam perasaan lagi yang timbul bersama. Apa yang paling seronok. ia adalah kenangan kami sekeluarga. Kami lebih suka semua ahli keluarga berada di hadapan mata kami. Kalau di kampung, boleh tahu ke? Bukan ada cctv pun. Laporan yang diberikan oleh orang sana bukan datang sepenuhnya. Anak menangis malam-malam pun ada kita tahu? Bukan kami tak percaya kepada orang kampung. Tolong jangan salah faham. Tapi, bagi kami, susah senang biar sama-sama. Tak ada istilah, 'Alah.... apa sangat la tinggal 3 4 hari. Poyo la. Pergi honeymoon mana boleh bawa anak.' Honeymoon apanya kalau anak-anak ni masih perlukan jagaan kita... Tapi, terpulang. Bagi kami, anak-anak adalah buddies yang paling ohsem semasa bercuti!

Hiking, masuk hutan, joging dan segala aktiviti outdoor kami akan lakukan bersama. 

Pergi jalan-jalan tak mungkin la senang je memanjang. Ada waktu kita susah, ada kala Allah permudahkan urusan kita. Bergantung keadaan. Walaupun pergi dengan kawan-kawan pun tetap ada susahnya juga kan. Kawan yang kaki lambat la, kawan jenis suka merajuk la, kawan yang bapak gelak besar, jadi ada macam-macam ragam. Macam tu jugalah bawa anak-anak. Cuma, yang paling best, kami dapat mengarah. Kita mampu tak arah kawan-kawan? Tak boleh kan. Maunya kita dikatakan, siapa kau nak arah-arah aku. Hahaha... Anak-anak ni kalau kita bagi sepatah ayat je, 'Jalan!' Percayalah, mereka akan akur. Nak tergelak pula rasanya. Tapi, tegas tu bertempat juga. Didik mereka. Sebelum keluar bercuti, sentiasa pesan kepada mereka apa yang perlu dilakukan semasa berada di tempat orang. Hasilnya, mereka sangat berdisiplin. Pukul 4 pagi pun boleh bangun semata-mata nak kejar jadual tren. Mereka sentiasa berpegang dengan amanat yang kita berikan. Seronok bila dapat melihat mereka berjaya mendengar kata-kata kita. 

Bercuti di Tokyo 2016. Backpack yang digendong mereka pada waktu ini adalah bersaiz 5 liter sahaja.

Duit? Memang kami tak tong-tong. Kami ibu bapalah yang mengeluarkan duit belanja. Tapi, kami mengajar mereka supaya turut serta mengumpul duit. Duit yang dikumpul akan dibelanjakan untuk membeli backpack, stokin atau perkakas yang berkaitan mengembara. Secara tak langsung, kami telah mendidik mereka untuk berusaha sendiri mengumpul duit untuk melihat dunia. Kita akan dapat melihat kesungguhan mereka mengumpul duit baki sekolah. Mereka pandai berjimat-cermat semasa membeli di kantin. Tak akan membeli pemadam yang cantik di koperasi, perasaan nak makan jajan lepas sekolah pun ditahan. Hanya makan yang perlu sahaja di kantin sekolah. Tapi kami tekankan, beli makanan sepinggan lengkap yang mengenyangkan. Simpan 10% sahaja duit belanja sekolah. 

Sudah mampu menggalas sendiri backpack bersaiz 18 liter. Hasil duit simpanan sendiri. Tahniah! 

 Untuk tahun ini, anak-anak dah pandai membaca peta subway. Siap boleh baca tanda halal dalam tulisan Cina lagi.

Menaiki tren malam selama 10 jam dari Beijing - Hohhot (Inner Mongolia) Disember 2017.

Jadikan anak-anak sebahagian daripada kumpulan kembara kita. Didik mereka tentang dunia pengembaraan di usia yang muda. Anak-anak nakal atau tak dengar kata sewaktu bercuti, hadaplah. Suatu hari nanti, kita sudah tak boleh pusing semula masa untuk merasai pengalaman seperti ini. Bila mereka sudah besar, mereka mungkin sudah membawa haluan masing-masing. Tapi, jika boleh, biarlah kita pula yang menjadi buddies mereka. Mana tau mungkin mereka akan membawa kita mendaki Gunung Everest, atau menaiki tren Siberian bersama-sama? Hehe... Tak harap pun. Yang kami harap adalah waktu kini. Biarlah kami bersama-sama, sentiasa. Kalau boleh, selamanya. Mendidik adalah amanat yang diberikan oleh Allah kepada kami. InsyaAllah, kami akan laksanakan selagi termampu.

No comments:

Post a Comment