Kali ini kami ingin kongsikan pengalaman kami ke Hohhot, Inner Mongolia baru-baru ini. Kalau bahasa Melayu dipanggil Mongolia Dalam. Disebabkan janggal nak sebut, kami lebih senang menulis Inner Mongolia sebagai mana di dalam peta dunia versi omputih. Ingat, Inner Mongolia bukan negara Mongolia. Negara tersebut terletak di Outer Mongolia. Lihat baik-baik di dalam peta. Harap tidak ada lagi kekeliruan.
Sumber google : Peta menunjukkan kedudukan Inner Mongolia.
========================================================================
7 Disember 2017
Kami check out hotel pada pukul 12.30 tengahari. Hal ini sengaja kami lewatkan kerana kami akan menaiki kereta api pada waktu malam nanti. Keluar awal akan membebankan kami membawa backpack yang banyak dan berat. Lagipun, kami dah selidik sebelum ini, setiap stesen subway tidak menyediakan tempat penyimpanan beg kecuali di Bejing West Railway Station sahaja.
Kami menaiki tren subway menuju ke stesen kereta api. Penumpang tren agak ramai dan kebanyakkanya membimbit beg pakaian. Bukan itu sahaja, ada juga penumpang yang mengangkut guni-guni makanan dan tilam pun ada. Boleh dikatakan, semua penumpang di dalam tren menuju ke stesen kereta api Beijing West sebagaimana kami.
Setiba di sana, keadaan stesen yang sibuk dengan orang ramai bergegas secara bersimpang-siur. Amat sukar untuk mencari kaunter pertukaran tiket. Kami bertanyakan arah yang betul di kaunter petugas di bahagian bawah. Walaupun agak sukar berkomunikasi, akhirnya kami temui juga kaunter tiket yang dicari.
Kami tinggalkan kesemua beg di tempat penyimpanan yang disediakan di kawasan stesen bersebelahan kaunter tiket. Harga satu jam bagi penyimpanan 4 beg dikenakan sebanyak 10 yuan. Walaupun hati ragu-ragu dengan kepercayaan dan keselamatan beg-beg kami, namun terpaksa bertegas untuk tinggalkan juga selama 4 jam. Kami perlu ke Jalan Niujie sekali lagi untuk mendapatkan bekalan makanan untuk dibawa dalam perjalanan malam nanti. Cukup bawa satu beg gajet sahaja untuk ke sana. Beg yang lain perlu yakin dan berserah sahaja.
Sekali lagi kami tiba di Jalan Niujie. Lapar benar rasanya sebab jam telah pun menunjukkan pukul 4 lebih. Kami belum sempat untuk makan tengahari kerana terlalu lama berada di stesen. Tanpa berfikir panjang, kami terus masuk ke salah sebuah kedai makan yang berada berdekatan. Kami memilih menu sup rusuk daging kambing sedulang. Dengan keadaan cuaca yang sejuk, kami makan dengan berselera sekali. Daging di sini semuanya empuk dan tulangnya boleh ditarik keluar dengan mudah. Orang tak ada gigi pun boleh makan. Hehe...
Selesai makan, kami membeli bekalan makanan di Niujie Supermarket bagi mendapatkan makanan seperti biskut, roti, cokelat dan mi segera. Kemudian, kami ke Masjid Niujie untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Bertuah betul kerana dua kali kami berpeluang bersolat di sana.
Keluar sahaja daripada perkarangan masjid, hari sudah pun gelap. Angin pada malam ni bertiup dengan kuat. Sejuk sehingga ke tulang rasanya. Tanpa berlengah, kami bergegas menaiki subway ke stesen kereta api Beijing West.
Semua beg telah diangkat dan kami sudah siap sedia untuk memasuki pintu masuk. Bagi pemegang pasport seperti kami, jangan sesekali tersalah masuk lorong rakyat tempatan. Mereka hanya perlu masuk dan mengimbas kad pengenalan di mesin pengimbas. Senang dan cepat. Untuk pemegang pasport pula, kami perlu memasuki lorong kaunter yang mempunyai petugas untuk mengesahkan tiket.
Beg-beg kami diimbas masuk yang entah ke berapa kali untuk hari ini. Amat leceh. Pecat dan pakai semula beg berulang kali. Tapi, tak kisahlah. Minggu depan dah nak balik. Di Malaysia memang dah tak rasa susah-payah macam ni lagi. Hadaplah dengan muka senyum. Cepat-cepat kami cari tempat duduk di terminal 2 yang jelas terpampang di papan kenyataan LED. Kami rujuk tiket kereta api untuk memudahkan pencarian terminal.
Orang terlalu ramai menunggu. Ada yang duduk di lantai. Dan ada juga yang duduk di atas barangan yang akan dibawa pulang. Habis segenap dinding penuh dengan orang yang menyandar. Kami cuba mencari kerusi untuk duduk. Penat kerana dah menapak jauh tadi. Rezeki kami waktu itu kerana dapat menjumpai 4 tempat duduk kosong. Kerusi ni agak terbelakang. Patutlah orang tak perasan. Akhirnya kami boleh lepaskan lelah dan berehat sementara menunggu kereta api yang akan tiba dalam tempoh 3 jam lebih lagi.
Pintu masuk dibuka awal 30 minit bagi mengambil masa untuk menanda tiket dan membolehkan penumpang mencari koc. Orang ramai berlumba-lumba menuruni tangga. Sementara kami pula jalan berlenggang-kangkung sebab katil kami tidak akan diambil oleh penumpang lain. Bagi yang membeli tiket jenis kerusi, mereka akan berebut-rebut mendapatkan tempat duduk. Ini kerana tiket yang dijual melebihi daripada bilangan kerusi yang sepatutnya. Untuk elakkan mereka daripada duduk di atas lantai atau berdiri sepanjang perjalanan, mereka akan cepat-cepat berjalan bagi mendapatkan kerusi.
Sewaktu masuk ke dalam kereta api, kami mendapati sudah ramai orang yang berada di dalamnya. Ada yang sedang mengecas telefon, ada yang sedang makan di meja mengadap tingkap, dan ada yang telah pun tidur nyenyak di atas katil. Lampu pada waktu itu masih menyala dan sehinggalah pukul 11 malam, baharulah lampu dipadamkan.
Kami siapkan katil untuk anak-anak. Sementara itu, anak-anak kami arahkan ke tandas dan gosok gigi di sinki yang disediakan di hujung koc. Kami memilih tiket jenis Hard Sleeper kerana berniat untuk tidur semalaman perjalanan dan keesokan pagi akan terus tiba ke Hohhot. Jimat belanja penginapan dan masa perjalanan juga tidak akan terasa.
Entah nak dikatakan malang atau bertuah. Kami bersebelahan dengan katil anak-anak muda. Mereka datang berkumpulan dan ada antara mereka adalah pasangan kekasih. Sangat bising dan tidak menghiraukan ketenteraman penumpang lain. Hanya tau bergelak ketawa dan berhibur sahaja. Pasangan kekasih tu tidur bersebelahan dengan katil kami. Perbuatan tak senonoh memang jelas di mata. Sebab tahu mereka tak akan faham bahasa kami, kami pun mula bercakap.
"Alahai kamu ni, tak reti nak diam ke?"
"Tak malu ke dik oiii?"
"Orang ramai ni.. Dah dah la...."
Hehe... Kami bercakap berdua je suami isteri. Bila sahaja koc dah bergelap, kami tarik selimut dan terus berpaling ke arah dinding. Hanya bunyi gurau-senda antara mereka sahaja kedengaran. Memang meremang bulu roma waktu itu. Tapi apa nak buat. Kami berada di tempat orang. Petugas pun tak ada yang menegur. Hanya minta tiket untuk ditukar ganti dengan tiket berkulit keras sahaja. Sini bukan ada pencegah maksiat pun. Hehe...
Aktiviti mereka usah dilayan. Esok banyak lagi perkara yang bakal dihadapi. Ini pun merupakan pengalaman yang tidak pernah dirasai di mana-mana sebelum ni. Tak suka dalam hati sudahlah. Jangan pula kita memandai-mandai menegur. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau mengaum. Harap fahamlah ya. Pastikan diri sendiri menunjukkan sikap yang baik.
Terima kasih kerana sudi membaca. Travelog Hohhot, Inner Mongolia Siri II akan menyusul kemudian. Banyak lagi pengalaman menarik bakal diceritakan.
CHINA LIKE NEVER BEFORE
Selesai check out hotel, kami terus menuju ke Beijing West Railway Station untuk mendapatkan tiket ke Hohhot pada pukul 9 malam ini. Tiket ke sana telah ditempah awal melalui laman sesawang di link https://www.travelchinaguide.com/. Pihak web akan uruskan tempahan tiket. Kami hanya perlu tetapkan tarikh dan masa sahaja. Bayaran dibuat sebelum penempahan dilakukan. Harga berpatutan dan sangat berbaloi kerana pihak sana akan uruskan segalanya.
Kami menaiki tren subway menuju ke stesen kereta api. Penumpang tren agak ramai dan kebanyakkanya membimbit beg pakaian. Bukan itu sahaja, ada juga penumpang yang mengangkut guni-guni makanan dan tilam pun ada. Boleh dikatakan, semua penumpang di dalam tren menuju ke stesen kereta api Beijing West sebagaimana kami.
Setiba di sana, keadaan stesen yang sibuk dengan orang ramai bergegas secara bersimpang-siur. Amat sukar untuk mencari kaunter pertukaran tiket. Kami bertanyakan arah yang betul di kaunter petugas di bahagian bawah. Walaupun agak sukar berkomunikasi, akhirnya kami temui juga kaunter tiket yang dicari.
Baca dan cuba faham beberapa kali kaedah nak mendapatkan tiket. Padahal belakang tu je kaunter yang dicari. Cuma waktu ni ragu-ragu dengan perkataan North Tickets. Tempat penyimpanan beg berada di sebelah kiri kaunter berkenaan.
Sekali lagi kami tiba di Jalan Niujie. Lapar benar rasanya sebab jam telah pun menunjukkan pukul 4 lebih. Kami belum sempat untuk makan tengahari kerana terlalu lama berada di stesen. Tanpa berfikir panjang, kami terus masuk ke salah sebuah kedai makan yang berada berdekatan. Kami memilih menu sup rusuk daging kambing sedulang. Dengan keadaan cuaca yang sejuk, kami makan dengan berselera sekali. Daging di sini semuanya empuk dan tulangnya boleh ditarik keluar dengan mudah. Orang tak ada gigi pun boleh makan. Hehe...
Sekali sehari sahaja kami sempat makan berhidang macam ni di kedai. Waktu makan lain tidak sempat. Masa kami banyak berhabis di atas jalan mencari arah.
Niujie Supermarket menyediakan makanan 100% halal. Kami pilih makanan yang mudah dibawa dan dimakan segera.
Setibanya kami ke stesen kereta api, kami terus mendapatkan beg-beg kami di tempat penyimpanan. Sebelum mengambil beg keluar, kami cek dahulu satu persatu poket dan isi beg, kalau-kalau ada benda terlarang seperti dadah atau senjata api. Alhamdulillah. Tak ada. Takut juga kan. Perlu sentiasa dalam keadaan berwaspada.
Semua beg telah diangkat dan kami sudah siap sedia untuk memasuki pintu masuk. Bagi pemegang pasport seperti kami, jangan sesekali tersalah masuk lorong rakyat tempatan. Mereka hanya perlu masuk dan mengimbas kad pengenalan di mesin pengimbas. Senang dan cepat. Untuk pemegang pasport pula, kami perlu memasuki lorong kaunter yang mempunyai petugas untuk mengesahkan tiket.
Beg-beg kami diimbas masuk yang entah ke berapa kali untuk hari ini. Amat leceh. Pecat dan pakai semula beg berulang kali. Tapi, tak kisahlah. Minggu depan dah nak balik. Di Malaysia memang dah tak rasa susah-payah macam ni lagi. Hadaplah dengan muka senyum. Cepat-cepat kami cari tempat duduk di terminal 2 yang jelas terpampang di papan kenyataan LED. Kami rujuk tiket kereta api untuk memudahkan pencarian terminal.
Orang terlalu ramai menunggu. Ada yang duduk di lantai. Dan ada juga yang duduk di atas barangan yang akan dibawa pulang. Habis segenap dinding penuh dengan orang yang menyandar. Kami cuba mencari kerusi untuk duduk. Penat kerana dah menapak jauh tadi. Rezeki kami waktu itu kerana dapat menjumpai 4 tempat duduk kosong. Kerusi ni agak terbelakang. Patutlah orang tak perasan. Akhirnya kami boleh lepaskan lelah dan berehat sementara menunggu kereta api yang akan tiba dalam tempoh 3 jam lebih lagi.
Keadaan di tempat menunggu Beijing West Railway Station sentiasa sesak. Kebetulan sahaja ni kami dapat tempat duduk. Jenuh juga menunggu 4 jam di stesen kalau tak dapat tempat duduk.
Petugas memeriksa tiket kami sebelum memasuki koc. Kami tidak perlu berasak-asak ke dalam kereta api kerana katil kami tidak perlu berebut dengan orang lain.
Katil tiga tingkat. Tempat mengecas telefon ada disediakan. Boleh menunggu bateri penuh sambil duduk di atas kerusi. Nak makan pun meja ada disediakan.
"Alahai kamu ni, tak reti nak diam ke?"
"Tak malu ke dik oiii?"
"Orang ramai ni.. Dah dah la...."
Hehe... Kami bercakap berdua je suami isteri. Bila sahaja koc dah bergelap, kami tarik selimut dan terus berpaling ke arah dinding. Hanya bunyi gurau-senda antara mereka sahaja kedengaran. Memang meremang bulu roma waktu itu. Tapi apa nak buat. Kami berada di tempat orang. Petugas pun tak ada yang menegur. Hanya minta tiket untuk ditukar ganti dengan tiket berkulit keras sahaja. Sini bukan ada pencegah maksiat pun. Hehe...
Aktiviti mereka usah dilayan. Esok banyak lagi perkara yang bakal dihadapi. Ini pun merupakan pengalaman yang tidak pernah dirasai di mana-mana sebelum ni. Tak suka dalam hati sudahlah. Jangan pula kita memandai-mandai menegur. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau mengaum. Harap fahamlah ya. Pastikan diri sendiri menunjukkan sikap yang baik.
Terima kasih kerana sudi membaca. Travelog Hohhot, Inner Mongolia Siri II akan menyusul kemudian. Banyak lagi pengalaman menarik bakal diceritakan.
CHINA LIKE NEVER BEFORE
No comments:
Post a Comment