Kami merupakan fasi bagi kursus suntingan video selama dua hari pada 17 dan 18 Nov 2015 baru-baru ini. Pegawai PKG Cheneh telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengajar guru-guru sekolah daerah Cheneh dan beberapa buah sekolah daripada daerah Chukai. Kami bukan di kalangan profesional. Mungkin pengalaman kami selama tiga tahun ini dalam dunia suntingan menggunakan softwer Sony Vegas ini lah yang membolehkan kami berkongsi ilmu. Takde apa pun kami sembunyikan. Semua diajar dengan ikhlas hati dan bersungguh-sungguh kerana ini sememangnya minat kami.
17 November 2015
Untuk hari pertama, guru-guru diajar tentang asas suntingan. Apa yang dikatakan asas adalah, Explore, Layer, Sound, FX Video, Transation, Tune Color, Cut, Slow Motion dan Fast Motion. Mungkin inilah kot asasnya... Sama sahaja ajar budak sekolah. Cuma kena ajar dalam mode perlahan kerana guru-guru tak dapat nak kejar sebagaimana pelajar. Kebolehan pelajar ni berbeza. Yelah, mana boleh nak compare kan cara pelajar tangkap. Pelajar pun suka explore. Ketajaman pelajar sangat fokus dalam bab IT ni. Macam pelajar yang ke Sabah hari tu, ajar 15 minit je sebelum balik, dah dapat tangkap. Memang power la.
So, satu hari pertama dibiarkan sahaja guru bermain-main dengan tingkap-tingkap Sony Vegas tu. Sementara guru-guru masih tercari-cari tak tau nak buat macam mana (sebab dah bagi video siap-siap untuk disunting), maka kami sajikan dengan video kami yang sedia ada (Huh, beriya tunjuk semua video dari ralitMEDIA) Kami bukan menunjuk.... Kami nak ceritakan di mana perlu dipotong scene nya, di mana perlu dipercepatkan, mana tak payah amik, macam-macam la. Contoh kena ada. Baru faham. Kami pun lebih mudah menyampaikan jika menunjukkan video kami yang dah buat. Sebab kami tau cara suntingan tersebut.
18 November 2015
Jadi, kami dah minta guru-guru untuk menyediakan tugasan di rumah untuk membuat suntingan pada bahan video yang kami sediakan. Namun, jika nak lebih mudah, sebaiknya gunakan sumber bahan yang ada. Contohnya, video rakaman di rumah bersama anak-anak, atau video sekolah sendiri. Ini akan menjadikan kita nampak sendiri jalan cerita yang akan dibuat. Kami tak banyak cakap hari ni, cuma membimbing guru-guru untuk membuat suntingan. Jadi, banyaklah kami berjalan keliling bilik kursus ni.
Akhirnya, kami menerima lima video yang telah disiap untuk dipertontonkan di hadapan. Kami tak komen pun. Kami bangga kerana guru-guru dapat menyiapkan sebuah video yang selama ini hanya menonton sahaja. Maka, mereka tahulah bagaimana susahnya menyediakannya. Serta berasa manisnya apabila dah siap. Lebih kepuasan apabila ditayangkan di hadapan orang ramai. Hanya Allah swt sahaja yang tau perasan tu.
Terima kasih sekali lagi kerana menjemput kami. Kami gembira, lega dan tak puas hati sebab belum bagi sepenuhnya lagi. Tahun depan untuk 2016 jemput la lagi ye!!!
Sorry, gambar tak clear sangat sebab pakai handset je. Dslr bawak je untuk mengajar. Namun tak guna pun. Sayang sekali.
No comments:
Post a Comment