Pelajar telah dapat menyiapkan kesemua jalan cerita yang akan dilakonkan dalam bentuk papan cerita. Maka, berhasil jua pengajaran yang diberikan. Penghasilan sendiri papan cerita dapat membantu mereka untuk lebih mudah memahami jalan cerita yang akan dihasilkan. Kami cuma membaiki apa yang perlu sahaja. Setelah ditapis, maka bolehlah pelajar membuat penggambaran.
Conoth storyboard yang dibuat oleh pelajar
Pelakon telah dipilih di kalangan Pengawas Media. Muhammad menjadi pelakon utama, iaitu abang kepada Iffa. Iffa pula dilakonkan oleh Afifah. Manakala watak jahat dan rakan karib bagi PM yang lain. Bagi yang tiada watak, Atif sebagai pengarah filem pendek ini. Dengan menggunakan kamera DSLR Canon 1200D, kit lens, tripod dan flycam, maka terhasillah sebuah filem yang diberi tajuk, "CELEBRATION". Kami memberi tunjuk ajar bagaimana sudut yang perlu diambil, stablize kamera supaya penonton tidak pening bila melihatnya, perkara kecil dan remeh yang tidak diambil peduli tapi dirakam oleh mereka. Apa yang remeh tu? Antaranya, melangkah kamera, merakam tangan, melihat peluh menitis dan lain-lain yang mungkin orang lain tidak akan gunakan kerana leceh. Namun, hal sekecil itulah yang akan menyokong filem lebih menarik.
Beberapa scene yang sempat difotokan.
No comments:
Post a Comment