Wedding Faiz + Amira - Highlights

Sebelum ni, kami bincangkan tentang teaser. Ni pula highlight. Apa pulak maksud highlight ni? Maksudnya, saat kemuncak. Jadi, video ni lebih kepada menampakkan jalan cerita perjalanan majlis mereka. Lebih kurang sahaja sama dengan video teaser. Cuma dipanjangkan sedikit untuk dijadikan cerita. Teaser tadi lebih kepada rasa tak sabar, ni lebih pada isi majlis berkenaan.

Nak tau full video macam mana? Tak boleh dikongsi di sini sebab kami tak upload kerana video terlalu panjang masanya. Lagipun, ianya untuk simpanan peribadi pengantin.

Walaupun video teaser dan highlight nampak lebih kurang sahaja, mana taknya, bahan sama je. Namun, bila kami tukar lagu, mood dah berbeza. Di sini, kami gunakan lagu Magic! - Rude (Violin Cover by Robert Mendoza). Ni lagu kahwin okey. Ada orang bagitau kami ni bukan sesuai untuk perkahwinan. Diajarnya kami gunakan lagu Renjis-renjis. Hahahaha, zaman bila tu? Hehehe

Lagu kena up to date. Kalau tak berani gunakan lagu selain daripada lagu Saloma tu, maka kita masih di takuk lama. Untuk yang menggunakan khidmat dj boleh la. Lagu penting untuk menaikkan mood. Enjoy the video guys!


Highlights Faiz & Mira from nhazla fikri on Vimeo.

No comments:

Post a Comment