Langkah IV _ Kami Videographer

Hari Jumaat, 6 Nov 2015, pagi-pagi on the way nak ke Kuantan melalui jalan highway, mendapat panggilan bernombor 08 di depan. Agak-agak daripada negeri mana? Biasanya ignore je nombor yang tidak dikenali. Tapi kali ni macam nak angkat. So, bila perkataan hello yang pertama diucapkan, sambutan daripada hujung telefon mengucapkan, "Kami daripada BTPN Sabah, ingin mengucapkan tahniah buat SMK Banggol kerana mendapat tempat finalis dalam pertandingan Filem Pendek kategori Sekolah Menengah. Anda dijemput hadir ke majlis Anugerah Sabah Screen pada 13 Nov ini. Diharap cikgu dapat bersama kami pada majlis berkenaan. Bye."

Senyum.... Walaupun sudah sedia maklum pukul 7 pagi, mendapat panggilan whatsapp mengenai SMK Banggol dalam senarai finalis. Namun, dengan panggilan ini, mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam senarai berkenaan. Maka, kepercayaan kami makin kuat. Soooo Happppyyy!!!!

Ucapan tahniah daripada warga staf dan pelajar turut berasa teruja. Mana taknya, SMK Banggol Terengganu. Yang lain daripada negeri Sabah. 

 
Terima kasih :):):):):)

Namun begitu, menjadi satu masalah bagi seorang guru apabila terpaksa membuat pilihan siapa yang boleh pergi. Tiket kapal terbang yang mahal, dan ditaja sepenuhnya oleh PIBG sekolah. BTPN Terengganu dan JPNT tiada sumber kewangan bagi akhir tahun. Dengan semangat dan sokongan daripada Puan Pengetua kami, beliau telah membuat ikhtiar dengan mendapat sumbangan daripada PIBG dan guru. Terasa terharu... Suami juga dijemput bersama tapi terpaksa menolak kerana nak jaga anak-anak. BTPN Terengganu sekali lagi menawarkan satu tiket kepada suami namun tetap menolak atas alasan yang sama. Takpelah, takde rezeki. In Sha Allah, di lain hari kita pergi sekeluarga. 

Sampai demam menguruskan persediaan ke Sabah. Kami pergi berlima, Cikgu Haliza sebagai guru pengiring menggantikan suami, Mohd Atif (Pengarah), Muhammad (Pelakon Utama) dan Aqil ( Videografer). Pelajar dikehendaki membayar separuh tiket penerbangan kerana kekurangan peruntukan. Disebabkan semangat yang tinggi, mereka sanggup. Kalau kami, mungkin tak. Haha... Seorang lagi, Encik Malik, Pegawai BTPN Terengganu turut bersama kami (turut menggantikan suami dan KPP...huhu...panjang ceritanya)

Pemergian kami selama lima hari bermula 10 Nov hingga 14 Nov. Kami kepilkan gambar bagi menceritakan perjalanan kami ke Sabah. 

Gambar tengah paling suka tengok walaupun kelihatan semuanya jakun... 

Hari Pertama : 10 November 2015

Bukan main teruja nak naik belon. Expecially cikgu sendiri. Last skali naik kapal terbang 10 tahun lepas. Dah macam budak-budak dah sebab excited sangat. 


Hari kedua : 11 November 2015

Jadual perbengkelan diadakan dua hari. Untuk hari pertama, kami diceritakan sejarah perfileman dunia dan Malaysia. Ianya disampaikan oleh Tn Hassan Bin Abd. Muthalib yang merupakan Editor, Penulis dan Pengarah di Malaysia. Beliau juga merupakan pengkritik a.k.a juri bagi pertandingan setiap kategori yang dipertandingkan. Melalui bengkel sebegini, kami didedahkan kriteria yang perlu ada di dalam sebuah filem. Menurutnya, filem pertama dunia adalah daripada wayang kulit yang berasal daripada negeri Kelantan. Yang menariknya lagi, kami didedahkan dengan kriteria yang perlu ada bagi sebuah filem. Antaranya, watak jahat pakaian perlu dititik berat. Gincu, corak jalur dan muka kabur adalah watak jahat yang perlu dtonjolkan. Shoot perlu berlatar belakangkan cerah. Badan watak jahat perlu gelap atau kelam. 

Jika pelakon berada di situasi buruk, contohnya berada di kemalangan, muka pelakon tidak kellihatan, maka pengakhiran cerita pelakon akan berlaku sesuatu yang buruk, iaitu kemungkinan dimatikan watak. Jika muka kelihatan sewaktu kemalangan, maka watak masih dihidupkan. Hal sekecil ini kami tidak pedulikan selama ini namun besar kesannya dalam perfileman. 

Warna untuk imbas semula kenangan lama adalah warna kuning atau sephia. Bukanlah warna hitam putih yang dibuat oleh sesetengah filem. Warna black and white untuk masa penjajahan kerana pada waktu itu belum wujud warna dalam dunia perfileman. Bengkel ini banyak mengajar kami bagaimana untuk membuat dilem yang bermutu di masa akan datang. Terlalu banyak ilmu yang kami perolehi. Apa yang dicoretkan di sini hanyalah sedikit. 

Malam pertama berada di Kota Kinabalu, Sabah. Kami berada di Pasar Philiphines. Sempat merembat butang baju melayu dan brooch. Ole-ole buat warga SMK Banggol.


Hari ketiga - 12 November 2015

Sesi kritikan Filem Pendek kategori Sekolah Menengah. Alhamdulillah. Perkara yang positif yang kami terima. Antara kritikan yang kami dapat adalah, penggunaan ton warna semasa imbas kembali sangat menepati, sudut yang bagus setiap scene dan arahan yang sangat baik. Kebetulan spin shoot yang dibuat semasa Iffa terharu sangat tepat. Banyak shoot kepada perkara kecil dan remeh dan membantu filem kami. Kelemahan yang ada pada filem kami adalah di pengakhiran cerita kabur dan kurang suara latar digunakan. Patutnya di credit roll tidak perlu pembikinan. Kritikan ini membuka mata, dan akan kami gunakan pada masa akan datang.

Selain itu, bengkel ini juga mengajar kami bagaimana untuk menyediakan sinopsis yang bermutu. Pelajar kami membuat cabutan dan mendapat genre Sains Fiksyen. Tajuk yang yang kami pilih ialah Karen Man dan sinopsis yang sangat berbelit-belit. Haha... Biarlah.
Malam ketiga - Ke Mount River. Tapi takde apa pun. Kami singgah ke Mall. Lupa namanya.


Hari keempat - 13 November 2015

Kami tiada aktviti di waktu pagi. Jadi kami membuat keputusan ke Muzium Kota Kinabalu. Terdapat perkampungan Heritage iaitu rumah tradisional Sabah dan Sarawak. Lupa nak snap sebab terlalu teruja berada di sana. 


Malam 13 November

Majlis Anugerah Sabah Screen Fest 2015 menggunakan tema warna purple dan kami dikehendaki memakai pakaian kasual. Takde pun. Main bantai je apa yang dibawa daripada semenenjung. Sangat berdebar sebab majlis ni tak ubah seperti kami lihat di tv selama ni. Seolah-olah berada di dalam Anugerah Bintang Popular pulak. Siap red carpet, lampu-lampu yang pelbagai warna, sambutan lagu gamelan bersama pakaian tradisionalnya, pentas skrin, makanannya, skrin besar yang menayangkan pelbagai kategori yang dipertandingkan. Semasa rehearsel, kami dikehendaki berada di pentas. Apabila nama sekolah dipanggil, hanya guru sahaja perlu mengambil sijil. Jika disebut nama sekolah sebagai pemenang, maka, pengarah (iaitu pelajar) mengambil hadiah berkenaan.

Setiap ketogori yang dipertandingkan, filemnya akan ditayangkan sebagai tanda penghargaan dan kemenangan kepada pemenang. Akhirnya, tibalah saat yang dinanti, iaitu, kategori sekolah menengah, Berdebar-debar tak payah cerita. Bila tengok pelajar dah pucat putih macam tak bernyawa. Sebagai cikgu memang tenang sahaja. 

Tempat ketiga, SMK Banggol Terengganu!!!!! Itu sahaja yang kami ingat. Macam bermimpi. Sungguh tak disangka-sangka. Tempat ketiga pun jadilah. Asalkan usaha kami berbaloi dan tidak hanya pulang dengan tangan kosong. Terima kasih semua bagi yang telah membantu secara langsung atau tidak. Di sini, kami sertakan senarai pemerang mengikut kategori.


KATEGORI FILEM ANIMASI PENDEK SEKOLAH RENDAH

  1. Poppy’s Adventurous Christmas – SJK Sin Boon, Sindumin
  2. Tragedi Hari Raya – SK Pekan Pitas II, Kota Marudu
  3. Kawan – SK Kawakaan, Keningau

KATEGORI FILEM ANIMASI PENDEK SEKOLAH MENENGAH

  1. Terima Kasih – SMK Limbanak
  2. Si Pencuri & Si Musang – SMK Bahang, Penampang
  3. Super Dad - SMK Padang Berampah, Sipitang

KATEGORI DOKUMENTARI TERBAIK (TERBUKA)

  1. Tidak ada pemenang.
  2. Tidak ada pemenang.
  3. I Love Sino Kadazan - Gee Tien Leong

KATEGORI FILEM PENDEK TERBUKA

  1. Hadiah YangDikasihi - Franco Siaw
  2. Selipar Buruk Selipar Baru - Siti Hamisah Binti Ahmad
  3. Perayaan - Kam Poh Lim

KATEGORI IKLAN TERBUKA

Tidak ada pemenang.

KATEGORI FILEM PENDEK SEKOLAH RENDAH

  1. My Daddy - SK St. Patrick Membakut
  2. Puasa Adam - SK Tampulan, Telipok
  3. Teamwork - SK Taman Tawau
SKRIP TERBAIK - Anzellycka (Puasa Adam)
PELAKON WANITA TERBAIK - Marsha (My Daddy)
PELAKON LELAKI TERBAIK - Elson Soh Cheng Jing (Hari Ibu)
PENGARAH TERBAIK - Danni Adam Bin Ahmad Johari (Teamwork)

KATEGORI FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH

  1. Violin - SM Lok Yuk Kota Kinabalu
  2. Who Am I - SMK Langkon, Kota Marudu
  3. Celebration - SMK Banggol Terengganu
SKRIP TERBAIK - Farhanna Iskaharrudin (Violin)
PELAKON WANITA TERBAIK - Brenda Taileh (Who Am I)
PELAKON LELAKI TERBAIK - Owen Ron Augustine (Who Am I)
PENGARAH TERBAIK - Marldred Edler (Who Am I)
In Sha Allah, tahun depan kami akan masuk bertanding lagu untuk dua kategori iaitu filem pendek dan animasi. TAHNIAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT.

Terdapat juga cakap-cakap kurang enak iaitu kenapa sekolah lain tak tau sedangkan kalau kami masuk pun pasti menang. Abaikan cakap-cakap tersebut, sebab hal dah berlalu dan kami telah pun mendapat nombor dalam senarai lima :)Lain kali alert dengan surat jemputan pertandingan. Mungkin bila surat jemputan, kamu ignore dan letak tepi. Kami memang serius. Cuma yang Pertandingan Liga Remaja sahaja tak sempat masuk sebab dah terlepas tarikh. Jika sempat, nak juga sebab nak lihat kemampuan SMK Banggol. Next time ye sekolah lain. Kita bertanding secara sihat :)

KLIK DI SINI BAGI KEMBARA KE SABAH

https://www.youtube.com/watch?v=RwQwhHUVxd4

KLIK DI SINI BAGI FILEM PENDEK SMK BANGGOL SSF 2015



No comments:

Post a Comment