Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri Terakhir


Kami perjalanan pulang ke Malaysia dan akan transit di Stesen Keretapi Hatyai sekali lagi. Kami banyak menghabiskan hari-hari kami di Thailand dengan menaiki tren sahaja dan itulah niat kami. Anak-anak la yang paling gembira dan kami juga memperoleh banyak pengalaman. Entry ini juga membantu kepada sesiapa yang yang berminat ke sana dengan alternative lain selain kapal terbang atau berkereta.

5 Disember 2015

Tren delay sekali lagi selama 1 jam. Tren ini tidak singgah banyak stesen sebagaimana Rapid Train. Sebab tu namanya ekspres kot. Tren sampai ke Stesen Hatyai pada pukul 7 pagi. Seterusnya meneruskan lagi perjalanan dan akan berakhir di Sungai Golok. Keadaan kali ni takde la macam sebelum ni. Kami dah yakin untuk berjalan-jalan di Bandar Hatyai. Kami tengok ramai yang memakai baju kuning bertulis “Bike for Dad.” Bila tanya kenapa, dia jawab boleh beli kat pasar. Tanya lain, jawab lain.


Berjalan jauh ke kedai makan Roti Tambrab. Fans Toyota Club jumpa SEG plat Thailand.

Kami singgah ke kedai makan yang agak jauh daripada stesen iaitu kedai makan Roti Tamrab. Lega apabila melihat ramai rakyat Malaysia berada dalam kedai tu. Seolah-olah macam satu rombongan bas. Yang tak bestnya, rakyat kita kurang prihatin dengan tanda dilarang merokok. Selama kami berada di Thailand, tiada asap rokok di dalam kedai. No komen. Bukan nak kondem dengan perokok. Cuma tak sensitif dengan larangan merokok tu. Hormatilah bila berada di tempat orang. Selesai makan, kami ronda-ronda dulu bandar Hatyai dengan menaiki tuk-tuk.

 Kami menaiki tuk-tuk kepunyaan Abang Shaari (0869583966) dengan harga 200 baht pergi balik. No.tel diberi dan mudah berkomunikasi kerana dapat bercakap bahasa Melayu. Siap bagi 20 baht seorang untuk anak-anak kami. 

Kami berada di Plaza Hatyai. Banyak jual pakaian. Jumpa ramai orang Malaysia kat sini. Ramai yang bershoping. Kami tengok dan jalan-jalan sahaja.

Dapor Muslim. Tomyam yang mantap. Ni tinggal kuah je. Patut ada isi ikan siakap dan udang. Memang pergh! Dalam kedai ada notis NO SMOKING. 

Kami ambil gambar sebanyak mungkin di Hatyai Station.

 Nufail mengambil alih menjadi jurugambar. Macam gambar kahwin dah pun.

 Kami berwefie. Memang centre gambar Nufail ambil. Walaupun dah penat, muka tetap ceria. Kami dah mula rindu pada rumah. 

 Station Hatyai ni panjang. Kami tak round habis pun. Disebabkan tempat ni memanjang, jadi banyak sudut perspektif satu titik diambil. 

Bergambar dengan Tren KTM. Coach ni last berkhidmat pada Disember ini. Untuk Januari 2016, semua tren KTM ni akan diganti dengan Tren ETS. I merupakan kesempatan terakhir bagi kami menaikinya. Dah tak ada tren katil. 

Perbelanjaan yang tidak sampai RM2000 untuk lima hari perjalanan pergi balik ke Bangkok seramai empat orang (2 adult, 2 child). Kalau nak melawat tempat di sana kena tambah lagi la. Banyak tempat boleh pergi antaranya, Tiger Tample, Temple of The Golden Buddha, Khaosan Road, Grand Palace, Floating Market, Duzit Zoo dan lain-lain. Kami dah senaraikan tapi tak sempat pergi sebab tren sana banyak delay. Kena standby satu perjalanan untuk tren sahaja dan sehari lagi untuk melawat. Tempat kami senaraikan tu semuanya berdekatan sahaja. Boleh je nak jalan kaki. Kalau tak, entry kami mesti lagi menarik. Takpelah, target Cuma tren. Pergi balik dengan selamat kira dah bersyukur sangat. Satu langkah untuk permulaan sebuah perjalanan. Bye!

Tren tu pegi Bangkok ke.. from RalitMedia on Vimeo.

Tips keluarga :
  • Sediakan beg untuk anak-anak dan isikan buku nota kecil, pen, tisu, makanan seperti biskut dan maklumat diri.
  • Handbeg perlu bawa untuk memudahkan kita letak purse/wallet dan barang berharga kecil. Letak di bahagian depan badan. Kalau perempuan, guna beg tali panjang dan silangkan. 
  • Pesan pada anak-anak supaya sentiasa berada berdekatan kita. Pimpin tangan mereka atau biarkan mereka berpegang pada tali beg. 
  • Bahagikan duit dengan pasangan.
  • Buat research sehabis banyak supaya biarlah kita ke sana dengan bermaklumat. 
  • Fokuskan kepentingan anak-anak dahulu sebab mereka akan mudah meragam.

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri V


Hajat untuk menaiki tren dari KL Sentral ke Bangkok telah tercapai. Jadi tak ada yang perlu kami kesali. Senarai tempat untuk dilawati penuh di buku catatan. Tapi tak dapat pergi satu pun. Asalkan dapat menjejakkan kaki ke negara orang dengan empat beranak cukup la. Anak-anak pun patuh sahaja dan tak ada masalah. Allah swt telah mempermudahkan perjalanan kami. Syukur ke hadrat Ilahi. Kami pun tak sangka dapat ke sana. Biarpun dengan acah-acah backpackers je ni. Jika ada rezeki, kami nak datang lagi. Insyaallah.

4 Disember 2015

Kami breakfast dengan roti dan biskut yang dibeli di mart semalam. Serunding dan hotdog pun ada lagi. Kami pun amik kesempatan mengemas semula beg. Tukar pakaian kotor di bawah untuk memudahkan kami mencapai pakaian baru di Hatyai nanti. Lepas check out, kami terus ke Stesen Hua Lamphong utnuk tukar tren Rapid ke tren Ekspres. Sampai sana, baru perasan rupanya ada kaunter untuk foreigner. Patut terus ke sana untuk urusan. Tapi sebab dah janji dengan juru kaunter 1 semalam, maka kami terus ke sana. Beruntung juga sebab lelaki kaunter tu terus bagi tiket sebagaimana yang dijanjikan. Kami terpaksa tambah 980 baht lagi untuk tiket tren Ekspres. Macam biasa, tiket tu sekali dengan anak. Anak berumur 11 tahun ke bawah kena tidur bersama ibu bapa.

Tiga orang Kelab GTOC posing depan pintu masuk sebelum berangkat ke stesen.

Kaunter tiket untuk warga asing. Boleh berurusan dalam ni.

Sebelum bertolak balik, kami tukar duit sekali lagi RM200 dan dapat 1590 baht di dalam stesen. Mahal kalau nak banding dengan makcik comel kat Hatyai hari tu. Terpaksalah sebab lagi dua hari lagi nak sampai Malaysia. Lepas tu kami menyeberangi jalan ke lorong kedai. Di situ ada Hotel Train Station. Murah dan berbaloi jika menyewa perseorangan. Kami makan tengahari di lorong sana kedai kepunyaan orang Takbai. Siap bungkus sup dan nasi lagi untuk makanan malam nanti. Selesai makan, sempat jalan-jalan kejap dengan mengusung beg 9 kg tu.

Papan tanda putih bertulisan Selamat Datang. Takkan nampak kepada sesiapa yang tak boleh baca dalam ejaan jawi. Hihi

Kami perlu berada 30 minit sebelum tren berlepas. Jadi, kami pusing-pusing round perkarangan stesen dan tengok gelagat orang sana. Pertama kali kami melihat orang potong rambut berjemaah secara terbuka. Macam pelajar yang menyimpan rambut panjang dan didenda di depan perhimpunan. Kemudian kami sempat bersembang dengan beberapa orang sana dan mengambil gambar untuk habiskan masa. Kebetulan tarikh berkenaan bersempena dengan kelahiran Raja mereka. Dekorasi stesen ada kelainan daripada kelmarin. Ada orang berbasikal masuk ke stesen dan terlihat banyak kamera di sana sini. Kami juga perasan ada tren berwarna kuning milik Raja mereka.

Meronda-ronda dalam Stesen Hua Lamphong. Penuh dengan persiapan untuk kehadiran Ayah (Raja). Tren kuning adalah tren diraja.

Tren Ekspres mula bergerak pukul 2.45 petang. Kami terkejut apabila melihat tren Ekspres berbeza dengan tren Rapid. Kami senaraikan di sini :
  • Berhawa dingin.
  • Kerusi yang luas daripada tren KTM.
  • Ada suis plag (boleh cas handset. Tapi suis pin tak sama dengan Malaysia)
  • Tempat letak beg di siling tren dan di bawah kerusi. Jadi takde la bersepah di tengah laluan.
  • Terdapat meja hidang antara kerusi.
  • Ada attenden (kami tengok macam pramugari dan pramugara)
  • Ada waiter / Waitress.
  • Banyak tempat gantung barang (kami sangkut makanan)
  • Tempat letak botol air.
  • Selimut yang lebih tebal.
  • Lampu bacaan yang hidup. (Kalau sebelum jumpa yang sekadar perhiasan sahaja)
  • Pakaian attenden macam pilot
  • Yang penting, tren kelihatan baru sangat-sangat
Suggest sangat kepada yang nak bawa ibu bapa atau ada anak-anak kecil menaiki tren ni. Sangat selesa dari segi kemudahan yang disediakan. Bangun esok dah sampai Hatyai.


Persoalannya, kenapa la tak naik tren ni je semalam? Tapi ada baiknya kerana dapat la kami merasa pelbagai tren kan. Dari yang kelas ketiga sehingga la kelas kedua. Kelas kedua baru ni. Kalau kelas pertama tak tahu la. Kami makan hidang mengadap pemandangan di tepi tingkap. Penumpang lain order je daripada waitress. Siap ada buku menu lagi. Kami tak berani makan yang dalam tren sebab was-was tentang halalnya. Seronok sangat sebab betul-betul merasai percutian di atas tren. Selesai makan, ada sinki sebelah bilik air. Malam nanti boleh gosok gigi di sana sebab ada cup pakai buang untuk berkumur disediakan.  Katil dibuka pada pukul 6 petang. Datang attenden yang berpakaian pilot bukakan katil. Luasnya katil jika dibandingkan dengan KTM dan Rapid.

 Attenden sedang membuka katil. Rugi tak amik gambar dia memakai full uniform. Siap bertopi lagi.

Kerusi yang lebih luas berbanding sebelum ni. Kami siap boleh cas SJCam lagi. Penyangkut di sebelah kiri atas. Dah tak payah letak beg sebelah kerusi.

 Sesi bersuap sambil menikmati pemandangan luar. Seronok sehingga berseri-seri muka. Tak perlu lagi ke cafe. Kalau nak makan boleh order je. Status menu halal, tapi bercampur dengan senarai makanan pork. Kami tak suggest untuk order makanan dalam tren.

 Bila dah malam, keadaan dalam tren semakin sejuk. Tapi bila dah tarik kain langsir, terasa nyaman sahaja. Kalau berada di lower bed, kita boleh tarik rel ke depan untuk luaskan lagi ruang tidur. Kepala kerusi boleh diangkat menjadi meja dan terdapat lampu bacaan.

Entry kali ni ringkas je. Macam takde kaitan dah dengan tajuk Tren ni pergi Bangkok ke? Patut tukar kepada Tren ni dari Bangkok ke Hatyai ke? Panjang la pulak. Haha.

Kami akan sampai ke Hatyai sekali lagi. Perjalanan kami kali ni bukan lagi mengambil masa 19 jam. Naik tren ekspres kan. (berlagak betul) Sampai Hatyai nanti kami dah tak rasa bingung dah dan menjumpai mereka. Siapa mereka? Sambung untuk siri terakhir kami nanti.

Di akhir catatan ini, kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Daripada kaca mata kami:
  • Orang Thailand sangat ramah.
  • Mereka sangat suka akan budak-budak.
  • Anak-anak dapat biskut percuma malam tu. Hehe
AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri IV


Siri III ini adalah rentetan hari yang sama bertarikh 3 Disember 2015. Entri yang panjang untuk satu hari terpaksa dibahagikan kepada dua siri dan perkongsian ini menceritakan tentang kelegaan buat kami apabila melihat Bangkok Centre Hotel tersergam teguh di depan mata. Seseorang telah menunggu kami di sana untuk kami ucapkan Hi!  

3 Disember 2015 (JUMAAT) – Sambungan

Terpampang dari jauh muka pintu Bangkok Centre Hotel. Rasa nak berlari terus biar cepat-cepat dapat check in. Anak-anak bukan main happy lagi bila tau lepas ni dah boleh masuk bilik. Ada seorang pakcik panggil kami. Tengok pada papan tanda “Taxi”. Kami agak pakcik ni sediakan servis pengangkutan teksi. Ramah betul pakcik ni. Siap ajar kami ayat-ayat mudah dalam Bahasa Thailand dan menawarkan perkhidmatan teksi untuk kami. Persetujuan dicapai apabila dia menawarkan 200 baht untuk ke restoren halal. Kalau return, tambah lagi 200 baht. Boleh tahan harga teksi… Kami dah sangat lapar sebenarnya. Tengok jam dah pukul 4 petang. Memang patut pergi isi perut dulu.

Pakcik tu tunjuk buku ni untuk kami belajar bahasa Thailand. Yang kami guna sepanjang di Thailand cumalah Kab Khun Ka (perempuan) Kab Khun Khab (lelaki). Maknanya terima kasih.

Sebelum tu, kami masuk dulu untuk selesaikan urusan hotel. Harga bagi semalam hotel ni adalah RM180 dengan membuat tempahan di Agoda. Bawa yang printed je tunjuk pada receptionist. Wang deposit sebanyak 1000 baht dan dapat ditebus balik bila dah check out. Bellboy menurut kami dari kaunter, lif sehingga la ke muka pintu bilik. Konpius sebab kami tak pernah diiringi pekerja hotel selama ni ke bilik dan masih tercegak depan pintu sambil tersenyum. Faham la kami bahawa nak tip rupanya… Kami hulurkan 20 baht dan berlalu la bellboy tu. Nak tergelak pun ada. Ni la pertama kali kami bagi tip. Cukup ke tak 20 baht tu wallahualam. Bergembiralah wahai bellboy yang manis.

Not bad untuk bilik berharga Rm180. Ada dua katil single yang digabungkan, bath tab dan amazing view bandar Bangkok. Pada mulanya, kami nak tempah di Hostel Budget Station yang berada seberang stesen keretapi Hua Lamphong. Tapi, bila tengok harga kami batalkan niat. Murah jika bayar untuk perseorangan dengan harga RM60. Kami ni berempat, so kena darab 4. Dah jadi RM240. Bilik air pula kena berkongsi. Bagi backpacker yang single, boleh la bermalam di hostel. Bagi yang bekeluarga, lebih murah jika membuat tempahan hotel. Lagipun, bilik air tak perlu berkongsi dan lebih privasi untuk empat beranak. Kalau anak dah remaja, rasanya lebih baik bermalam di hostel pulak kan.

Boleh tahan jugak dengan harga Rm180. Luas la bagi kami sekeluarga. Yang tak best, toilet takde paip panjang. Tisu ada la.

Selesai bersiap-siap dalam bilik, kami terus turun ke bawah cari pakcik tadi. Kami menaiki kereta Mercedes model lama. Takde tanda-tanda menunjukkan kereta ni adalah teksi. Yang penting ialah bersih dan selesa. Kalau la kami sampai awal sebagaimana yang dijadualkan dahulu, nak aje kami berjalan ke kedai makan halal. Tapi, hari dah lewat, kami juga dah tak bertenaga, bayar jela duit teksi. Tak sampai 10 minit dah sampai Home Cuisine Islamic Restaurant yang bertemakan masakan Indian dan Thai food. Kami boleh samakan restoren ni standard kopitiam Malaysia. Cantik dekorasi dengan bau-bauan yang harum dan lagu yang dimainkan mendamaikan. Namun begitu, sakit kepala tak hilang. Mungkin perut dah masuk angin. Tengok jam dah pukul 4.45 petang. Terpaksa telan dulu 2 biji postant.

Nasi goreng udang 2 pinggan, air tembikai, oren juice, susu sejuk dan ais kosong datang dihidang di atas meja. Nasinya macam beras pulut, tapi sedap jugak la. Siap bungkus nasi dan sup ayam lagi untuk makan malam nanti. Daripada dalam kedai, kami memandang keluar dan melihat stall yang menjual makanan macam satay. Yang menjualnya perempuan bertudung. Ramai yang singgah membeli terutamanya pelajar sekolah. Sempat bersembang dengan driver teksi tadi, pelajar sekolah ni adalah bangsa Cina dan mereka sangat kaya. Kami tak dapat beza pun mana bangsa Cina dan Thailand. Muka sama, bahasa yang digunakan pun sama. Bangsa Cina ni, tak kisah ke negara mana pun mereka menetap, tetap berjaya dan kaya.

Dekorasi kedai yang sangat selesa buat kami.

Kami akan dihidangkan dengan air kosong dahulu sebelum makanan sampai. Setakat ni, semua kedai makan yang kami pergi hidangkan air kosong dahulu walaupun tak minta. 

Nasi goreng seafood. Kami tak makan banyak sebab tak berselera sangat. Cuma kali ni, lepas makan rasa nak tambah lagi. Sedap jugak. Tapi bila teguk air tak jadi nak tambah. Bungkus bawa balik bilik jela. 

Keluar daripada kedai makan, kami berjalan ke stall tersebut. Baru perasan sebenarnya kami berada dekat dengan Masjid Haroon. Patut la ramai orang Islam di kawasan ni. Ada pelajar pondok, deretan kedai makan, orang yang lalu lalang pun kami tengok semuanya Islam. Sejuk mata memandang. Mereka belanja tiga cucuk satay ayam kepada Naura. Satu cucuk 10 baht. Besar la saiz satay berbanding yang Malaysia. Kami beli cheese hotdog tiga cucuk dengan harga 30 baht.


Restoren kami makan tadi berada di kiri warna hijau. Laluan kecil yang ada pintu gerbang bertuliskan Masjid Haroon. Sebutan masjid di sana ialah mesejid. Tak sempat pergi sebab dah hujan.

On the way balik ke hotel, kami perhatikan trafik banyak jalan sehala bagi mengelakkan jalan jem. Jumlah penduduk di bandar Bangkok ni seramai 24 juta orang. Mereka sangat beradap di atas jalan raya dan boleh bertolak-ansur dengan saling memberi laluan kepada pemandu lain. Kalau di Malaysia, siap berebut siapa dapat jalan dulu (hey, kami pun pemandu. Hoho…) Hon pun kurang kedengaran. Yang dengar time tu, hujan yang turun. Tengok jam dah pukul 5.30 petang. Tak lama dah nak malam.

Sekali lagi kami sampai di perkarangan hotel dan membuat pembayaran kepada driver sebanyak 400 baht. Turun teksi, kami terus ke spa bersebelahan hotel. Driver tadi tak puas hati kami ke sana sebab dia boleh suggest tempat yang lagi murah. Suami bagitau, tak apalah. Saje nak rasa bermewah-mewahan. (padahal list tempat kami nak pergi semua tak jadi pergi T_T) Haha… Aku amik pakej yang facial spa dengan harga 1250 baht. Mahal pun takpe la sebab memang dah tak ke mana pun sebab dah tak cukup masa. Facial ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit sekali dengan urutan. Suami dan anak-anak dah pun terjun kolam renang.
Facial muka dan massage yang diberikan sangat berpuas hati serta segala kepenatan hilang. Ingat lagi perbualan dengan tukang urut tu,

“If you feel pain, you must tell me. So, I’ll be stop.”
“Its really pain. Can you stop now?”
“Hold on, hold on!”

Baik takyah bagitau kalau suruh bertahan dengan kesakitan tu… Tapi memang sedap badan la lepas dia massage. Ada satu lagi perbualan yang sangat bermakna. (Jangan kata perasan pula ye)

“Why are you wearing this (hijab) to close your head?”
“Because my religion must me to do this.”
“You look more beautiful without this. Trust me. I love to watch you because your face just like us and look more beauty than our people.”
“We need to cover our beauty dear.”

I smiled, and she smile back to me. Kita perlu respect diorang punya opinion dan mereka pun macam boleh terima pendapat yang diberi (ditekankan sekali lagi, bukan perasan okey…) Dan aku pun tak tau betul ke tak susunan bahasa Inggeris tu. Maaf la kalau salah. Main bantai je. Ntah-ntah dia senyum sebab tak paham aku cakap. Hihi..xxx Ni la komunikasi paling best aku kat sini. Aku dihidangkan teh sebelum keluar. Hujan lebat sangat dan dihantar oleh tuan kedai spa. Berpayung la kami ke hotel. Sempat diberitahu oleh dia sebelum berpisah yang mengatakan inilah hujan pertama yang turun untuk sekian lama. Lebat pulak tu. Malang bagi kami sebab tak dapat keluar untuk ke China Town.

Naik ke atas terus membersihkan diri. Tengok anak-anak dah bersih comel dengan berbaju tidur. Siap lompat-lompat katil lagi. Kami pun mula on wifi berhubung dengan keluarga memberitahu keadaan kami di sini. Kami makan malam dengan makanan yang dibungkus tadi. Kami buka serunding yang dibawa daripada Kelantan. Suami tak berselera kerana mula rasa tidak sihat. Rasa bersalah pulak sebab aku sangat la sedap badan lepas diurut. Suami keluar seorang diri mencari Panadol di mart berdekatan. Kami tinggal di lobby hotel sebab hujan belum berhenti (konon nak ikut jugak). Tidak lama kemudian, suami balik dengan makanan satu plastik. Tanya dia mana Panadol, dia lupa nak beli di mart tadi dan cuma ingat makanan untuk breakfast esok sahaja. Macam tu skali bila sakit ye... Disebabkan hujan renyai-renyai je, kami pergi ke Stesen Hua Lamphong sekeluarga. Anak-anak tak ada masalah sebab pakai jacket cap. Sampai sana tengok ramai gelandangan tidur di perkarangan stesen. Kesian pulak tengok. Sejuk juga lepas hujan ni. Mart dalam stesen pun dah tutup. Kami balik semula ke mast berdekatan hotel tadi dan meminta Panadol. Mereka tak faham. Bagitahu paracetamol baru faham. Sama je bungkusan dengan Malaysia. Kemudian kami balik semula ke bilik sebab nak hujan sekali lagi. Sesampai sahaja ke bilik, anak-anak terus tidur. Kami layan tv kejap. Ada la satu channel fox yang boleh ditonton dengan sarikata Thailand. Dapat juga kami tidur di katil malam ni.


Keadaan sama gelandangan kami pernah lihat di kaki lima deretan kedai di Kuala Lumpur. Kira yang ni lebih bernasib baik. Siap ada tong tadah air hujan lagi.

Cukup setakat ni yang dapat kami kongsikan sehari berada di Bangkok. Kami memang terlepas peluang untuk melawati tempat-tempat menarik di sana. Namun kami menganggap inilah pengalaman yang Allah swt berikan untuk kami rasai bersama. Sambungan perkongsian seterusnya, tren yang amat mengejutkan kami. Jauh berbeza dengan apa yang kami jangkakan!

Di akhir catatan ini kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Peringatan buat kami :
  • Carilah penduduk Muslim di negara yang dilawati untuk mengenali saudara Islam kita di sana. 
  • Berdakwah walaupun hanya secubit kata dan seinci perilaku.
  • Walau di mana kita berada, jagalah adab dan agama kita.
Klik di sini untuk ke Masjid Haroon